Things I Don't Buy Anymore
Hari ini, setelah sekian lama, saya akan berkongsi tentang apa yang sudah lama tidak masuk senarai beli-belah saya.
Saya mula tertarik dengan gaya hidup minimalis sekitar tahun 2012-2013 , tapi waktu itu darah muda masih di dalam diri.
Sedikit demi sedikit, saya mula mengorek baju-baju dan barang-barang kepunyaan saya. Hurmm..patutlah Malaysia banyak sampah.
Tahun 2017, saya mulai serius dengan mengasingkan baju-baju yang masih dipakai dengan yang tidak lagi digunakan dan mula menderma yang tidak dipakai tapi masih dalam keadaan elok ke sana ke mari. (lol)
So, semenjak 2017, inilah antara barangan yang tidak masuk senarai beli-belah saya setiap bulan:
1. Nail polish
I used to be so addicted kepada mewarna atau mengecat kuku. Zaman uni saya merupakan zaman penari. Kuku tak pernah warna original. Jadi sudah menjadi kebiasaan mengumpul warna-warna cat kuku. 2014-2015, saya mula kasi clear pengecat kuku daripada simpanan. Ngam-ngam juga kerja saya waktu tersebut tidak membolehkan saya untuk mewarna kuku. Mana ngam cikgu tadika kuku warna-warni pegang tangan budak ajar durang tulis ABC kan. kurang sesuai.
2. Mascara
Believe it or not, 2011-2012 saya memang agak rajin grooming. semua benda ada dalam set make up. tapi tak juga cantik. (haha). lama-kelamaan , i feel that having or putting on mascara macam tiada makna sudah sebab saya pun bercermin mata full-time sudah kan. buang masa buang duit saja. so i decided to just stop.
3. Make-up remover
Oleh kerana sudah jarang bermake-up setebal buku kamus, maka tidak perlu membeli make-up remover sudah. guna saja facial cleanser atau wet tissue. kasi kurang itu perbelanjaan bulanan.
4. Plastic bottle
Ini item paling lama mau belajar buang habit membeli. Dulu asal nampak di Popular saja, mula sudah mau membeli. walaupun masih boleh guna yang lama. But am not a collector anymore.
5. Accessories
Ha. Yang ini bikin mama panas. 2010-2012 paling banyak saya bazir baki PTPTN beli aksesori. Asal saja keluar berjalan, ada saja anting-anting di telinga. Macam wajib. Gelang pun sama. Bermacam rupa dan gaya. Aduhai. Wasted youth. Sekarang, no feeling sudah. Rasanya dari 2018 sampai mau habis 2019 saya tidak masuk kedai Cindy sudah haha. Masuk pun cari kerongsang baju kurung.
Praise God saya sempat tersedar. semua benda tersebut dulu mungkin memang kebahagiaan bagi saya. sekarang tidak lagi. Rupanya tanpa benda tersebut, saya masih boleh bahagia.

Comments
Post a Comment